Betulkah Duit Bukan Segalanya?

Share Button

“Duit bukanlah segala-galanya”

Biasa kita dengar ungkapan itu. Tapi benarkah duit bukan segala-galanya?

Kalau ungkapan itu digunakan 50 tahun dulu dan masa itu ekonomi dunia tidak berapa meruncing, hutan masih lagi tebal di kiri kanan kita, tiada korupsi dalam kerajaan, ungkapan itu sangat relevan.

Tapi kini, aku merasakan ungkapan itu sudah tidak relevan. Munkin benar sesetangah perkara itu, duit bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya kini memerlukan duit. Buang air pun guna duit. Hatta walaupun sedang kita tidur, duit pun masih lagi mengalir keluar. Betulkan?

Zaman sekarang manusia berlumba-lumba untuk menambahkan pendapatan. Apa yang kita ada sekarang belum tentu cukup untuk masa depan. Apa yang kita simpan untuk masa depan, belum tentu juga sempat untuk kita gunakan.

money,kewangan

Mereka yang malas dan tidak berusaha untuk menaik taraf kehidupan pasti akan merasa beban yang sangat berat. Terutamanya mereka yang hidup di bandar-bandar. Ekonomi dunia tidak pernah sesekali berpatah balik atau kembali ke belakang 10 tahun. Semua berlaku kerana sumber asli bumi yang digunakan oleh manusia semakin berkurangan.

Hukum dalam ekonomi, keseimbangan harga sesuatu barang atau perkhidmatan bukanlah ditentukan oleh permintaan dan penawaran individu atau firma tertentu, tapi ditentukan oleh pasaran. Selagi tiada keseimbangan antara penawaran dan permintaan harga sesuatu barang/perkhidmatan tidak akan stabil, kerana keluk permintaan dan penawaran tidak bersilang/bertemu.

Aku dah masuk bab ekonomi lak. Bukanlah pandai sangat. HAha..

Kesimpulan aku, mereka yang seringkali menggunakan ungkapan itu, munkin dia adalah orang yang malas. Dia seorang yang mudah selesa dengan apa yang ada dan tidak merancang kehidupannya dengan baik.

Dalam islam, kita juga diajar supaya tidak selesa dan redha dengan segala takdir dan apa juga yang berlaku. Kita digalakkan untuk berusaha dahulu dan kemudian berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan jalan kehidupan ini. Yang penting berusaha dulu, baru redha dan tawakal.

Share Button

Comments

  1. says

    time ada duit orang pandang kita, time kita susah buat macam tak kenal pun ada. walaupun duit bukan segala-galanya namun semua perkaran memerlukan duit. kalau nak pasang skandal pun kena ada duit haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing