Adakah anda seorang lelaki yang budiman?
Jika nama anda ialah Budiman, sudah tentulah anda Budiman orangnya. Budiman berdasarkan pemahaman aku dalam bahasa omputih ialah gentleman. betul ke pemahaman aku ni? kalau salah tolong betulkan.
Apa yang perlu dilakukan untuk menjadi lelaki budiman?
adakah..
- Memberikan anda sejambak bunga semasa hari lahir.
- Memberi laluan kepada kaum hawa terlebih dahulu, contohnya ketika berselish di pintu.
- Menarik kerusi anda ketika sampai di meja makan.
- Bercakap dengan suara yang rendah, jelas dan terang.
- Tidak merokok
- Boleh menghulurkan bantuan.
- Boleh menangis jikalau terlalu bersedih
Adakah itu yang diperlukan untuk menjadi seorang lelaki yang budiman? Kalau ya, munkin aku bukanlah tergolong dalam ketegori lelaki yang budiman
Persoalan ini timbul semasa aku tengok rancangan MHI yang lepas. Macam-macam kriteria dan difinisi lelaki budiman yang diberikan oleh penonton MHI. Ada yang kata, ayah dia lah lelaki budiman, kerana selalu tolong mak dia masak kat dapur. Ada yang tulis dalam fb MHI, suami dia lah lelaki budiman. Ada yang kata pakwe dia lelaki budiman kerana hari-hari call dia.
Berbuat baik hanya kepada sesetengah orang boleh dikira lelaki budiman ke? Aku rasa itu bukan budiman, itu biadap namanya. Kita jadi orang ini kena lah tolong dan saling bantu membantu, tidak kira usia, agama mahupun fahaman politik. Membantu seseorang dan mengharapkan balasan juga bukan lah budiman.
Tapi kesimpulan yang aku dapat buat dari jawapan-jawapan penonton MHI itu ialah, definisi bagi lelaki budiman adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Sama halnya macam mana nak menilai seorang perempuan itu cantik. Ada lelaki yang kata tengok hatinya, ada yang kata tengok keluarganya, ada yang kata tengok bentuk badannya, semua jawapan berbeza-beza.
Adakah semua wanita memang mendambakan seorang lelaki budiman?
Merujuk kepada kamus bahasa melayu dbp, budiman bermaksud bijaksana. Selama ni takrifan lelaki budiman kita salah ke? [dbp.gov.my]

{ 6 comments… read them below or add one }
aku nie lelaki macam mana agaknya?? kwang2.. tapi aku akan berusaha untuk memberi bantuan..setakat yang mampu jelah..
lelaki macam mana eh zik. tepuk dada tanya diri sendiri.
apa pendapat ko pasal lelaki budiman? apa yang perlu ada untuk menjadi lelaki budiman?
hahaha, budiman ada makna tue…hahaha,
budiman ada makna? makna yang baik ke jahat.he..
Lelaki budiman melayan orang lain sebagaimana dia mahu orang lain melayan mereka.
Jawapan yang sweet lah..ni contoh lelaki budiman